Nama Sayidina Abu Bakar Ash-Siddiq ra. Sudah tidak asing lagi bagi kita. Baik sekarang atau dahulu. Beliaulah yang dianggap orang teragung setelah rosululloh. Kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kemuliaan akhlaknya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa, lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu maupun sekarang. Beliau tokoh sahabat yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah SAW.
Nama asli Abu Bakar adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang sangat kaya dan dari keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy lain.
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar ra. adalah dua tahun lebih muda dari Rasulullah SAW dan beliau telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah SAW menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar ra. Adapun gelar Ash-Siddiq yang diberikan kepadanya adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa saja kata-kata maupun perbuatan Nabi Muhammad SAW. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.
Keislaman Saiyidina Abu Bakan Ash-Siddiq ra. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Usman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan ra. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar ra, dapat kita ketahui dalam satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin As. Amru seorang sahabat Rasulullah SAW pernah suatu hari menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.
Selain itu Abu Bakar adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah pernah menyanjung sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya iman Abu Bakar demi apakah kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah mengenai dirinya itu. Gelaran Ash-Siddiq yang diberikan orang terhadap diri Abu Bakar adalah karena memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela diri Rasulullah Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan Muhammad. Abu Bakar pasti akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Dalam masa pemerintahannya yang singkat Abu Bakar yang memerintah hanya dalam masa dua tahun telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemerintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.
Adapun jasa-jasa dalam pemerintahan Abu Bakar adalah sebagai berikut :
1- Instruksinya agar jenazah Rasulullah صلى الله عليه وسلم diurus hingga dikebumikan.
2- Melanjutkan misi pasukan yang dipimpin Usamah رضي الله عنه yang sebelumnya telah dipersiapkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebelum wafat.
3- Kebijakannya menyatukan persepsi seluruh sahabat untuk memerangi kaum murtad dengan segala persiapan.
4- Memerangi para penolak zakat dan Nabi palsu serta pengikutnya.
5- Pengiriman pasukan untuk menyebarkan Agama Allah kepada bangsa-bangsa yang bertetangga dengan kaum muslimin baik kepada penduduk Persia maupun penduduk Syam, dalam rangka merealisasikan firman Allah سبحانه و تعالى, yang artinya :” Hai orang-orang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah: 123)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar